Skim Insentif Pertanian dan
Agrimakanan (SIPA)
* Untuk memuat turun dokumen lengkap anda boleh klik di sini
Tujuan dan Matlamat
Skim Insentif Pertanian dan Agrimakanan atau lebih dikenali
dengan sebutan SIPA yang disalurkan oleh Jabatan Pertanian dan Agrimakanan
adalah bertujuan bagi membantu dan mendokong para pengusaha/peladang memajukan
dan meningkatkan lagi industri pertanian dan agrimakanan di dalam menyumbang
kepada ekonomi negara.
Matlamat SIPA ini adalah dihasratkan sebagai penggerak dan
penggalak kepada para pengusaha/peladang bagi mencapai dan memantapkan
pengeluaran hasil pertanian dan agrimakanan yang berkualiti tinggi, berdaya
saing secara berterusan serta mampu berdikari dalam jangka masa panjang.
Objektif
Di antara objektif-objektif SIPA adalah:
- Meningkatkan pengeluaran sektor pertanian melalui penawaran tapak-tapak Kawasan
Kemajuan Pertanian (KKP) di seluruh daerah;
- Menyediakan kemudahan asas dan input pertanian bagi mendokong operasi
perusahaan pengusaha/peladang untuk meningkatkan kualiti dan produktiviti yang
akan meningkatkan pendapatan, khususnya
melalui penggunaan teknologi dan inovasi dalam sektor pertanian;
- Membantu penglibatan pengusaha/peladang untuk lebih kompetitif/berdaya
saing dan berdaya tahan dalam sektor pertanian dan agrimakanan khususnya dari
aspek kos permulaan perusahaan sehingga dapat mandiri dan progresif;
- Menarik pengusaha/peladang untuk menceburi bidang pertanian dan agrimakanan, dan seterusnya menjadikan industri
pertanian dan agrimakanan sebagai bidang kerjaya yang menjana pendapatan
khususnya golongan belia;
- Memberikan khidmat nasihat dan latihan serta menggalakkan pemindahan
teknologi di dalam sektor pertanian dan agrimakanan ke arah meningkatkan
produktiviti dan hasil keluaran berkualiti produk pertanian; dan
- Menggalakkan penyertaan pelaburan tempatan dan pelaburan langsung asing
yang progresif di dalam sektor pertanian dan agrimakanan.
Kategori SIPA
Skim Insentif Pertanian dan Agrimakanan terbahagi kepada dua (2)
kategori utama, iaitu Insentif Keperluan Asas dan Insentif Keperluan Khusus (Industri Tanaman dan
Industri Agrimakanan).
1. Insentif Keperluan Asas
Kategori ini menyediakan kemudahan-kemudahan dalam
bentuk tapak-tapak perusahaan yang dilengkapi dengan infrastruktur asas seperti
sumber bekalan air domestik utama, sumber bekalan tenaga elektrik utama, dan
jalan utama.
2. Insentif Keperluan Khusus
Kategori ini
menyediakan kemudahan-kemudahan dalam bentuk bahan-bahan *input pertanian
ataupun peralatan-peralatan tertentu bagi membantu meringankan sebahagian
daripada perbelanjaan pengusaha-pengusaha pertanian dan agrimakanan.
Nota:
*Input
pertanian ataupun peralatan-peralatan tertentu adalah tertakluk kepada ketersediaan (availability) mengikut jenis-jenis
industri pertanian dan agrimakanan yang diusahakan dan ianya diperbantukan
secara **harga subsidi.
**Harga
subsidi adalah mengikut harga yang telah ditetapkan iaitu lazimnya sebanyak ***50%
daripada harga tawaran oleh pihak pembekal input pertanian ataupun
peralatan-peralatan tertentu kepada Jabatan Pertanian dan Agrimakanan yang
dilaksanakan secara tawaran terbuka.
***Dasar
pemberian harga subsidi sebanyak 50% adalah berdasarkan kepada Rancangan
Kemajuan Negara 1986-1989, Bantuan Harga Padi.
Bagi Keterangan Lanjut
Bagi mendapatkan maklumat dan keterangan lanjut, pengusaha dan peladang
boleh menghubungi:
Unit Kemajuan Pertanian Daerah Brunei Muara Blok B2, Spg 362, Kg Limpaki Jalan Mulaut
Masin Daerah Brunei
Muara Tel No: 824 9889 (telefon sahaja) 812 5175 (Whatsapp sahaja)
| Unit Kemajuan Pertanian Daerah
Tutong Stesen Kemajuan Pertanian
Birau Kg Birau, Jln
Kuala Abang, DaerahTutong Tel No: 7391716
|
Unit Kemajuan Pertanian Daerah
Belait Projek Kemajuan
Pertanian Sg Liang Spg 907, Seria
Lumut Bypass Daerah Belait Tel No: 3230338
| Unit Kemajuan Pertanian Daerah
Temburong Kg Puni, Jalan
Ujung Jalan, DaerahTemburong Tel No: 8179456
|
Unit Perkhidmatan Industri
Agrimakanan Pusat Penyelidikan Pertanian Brunei, Kilanas Tel No: 2671985 | Unit Pengurusan Tapak Pertanian Ibu Pejabat
Pertanian dan Agrimakanan Lapangan Terbang
Lama Berakas Bandar Seri
Begawan
|
Unit Pengurusan Maklumat dan SIPA Ibu Pejabat
Pertanian dan Agrimakanan Lapangan Terbang
Lama berakas Bandar Seri
Begawan Tel No: 2388054 Email: sipa@agriculture.gov.bn Website:
http://www.agriculture.gov.bn |
Disclaimer
Garispanduan ini akan direbiu dari masa ke semasa bila diperlukan.